Kontroversi penggunaan nama Allah dari orang bukan Islam nampaknya dah sampai kemuncak. Awal pagi semalam beberapa Gereja di pinggir Kuala Lumpur di serang dan di bakar. Semuanya gara² tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, yang membenarkan Majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan nama Allah.
Dengar cerita, bukan 3 saja Gereja yang di bakar, ada yang cakap beberapa gereja yang lain pun di serang dan terkena insiden yang sama. Setakat ni, ada 3 Gereja yang dapat di pastikan, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya (Katolik), and Gereja Life Chapel, Petaling Jaya. Luckily, takde seorang pun yang tercedera dalam insiden ni. Pheww.
Bagi aku isu ni sepatutnya di tangani secara matang. Masing² sepatutnya menghormati sensitiviti sesama sendiri, bukannya dengan membakar dan memusnahkan tempat ibadat (Gereja). Ini bukan tindakan bijak, tapi lebih mencemarkan nama Muslim atau orang Islam, sebab Islam sendiri pun dah menyuruh umatnya menghormati kebebasan agama lain.
Itu hanya jika tindakan membakar Gereja tu angkara orang Islam. Macam mana pulak kalau pembakaran Gereja ni bukan angkara orang Islam? Maksud aku, mungkin konspirasi dari pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mencemarkan hubungan baik antara kaum. Dan seterusnya menyebabkan ketegangan kaum? Then, diorang akan menuding jari ke arah orang Islam. Dalam “situasi politik” negara kita ni, banyak kemungkinan boleh berlaku. =O
Walau apa pun, demi keselamatan dan keharmonian negara, aku harap keadaan tenang dan tak ada lagi yang mengeruhkan keadaan. Pihak² yang berwajib pun di harap dapat ambil tindakan sewajarnya menyelesaikan isu ni. Jangan sampai satu masa nanti kita terpaksa mengucap selamat tinggal kepada 1 Malaysia. =O
p/s : Boleh guna ISA? =D
Dengar cerita, bukan 3 saja Gereja yang di bakar, ada yang cakap beberapa gereja yang lain pun di serang dan terkena insiden yang sama. Setakat ni, ada 3 Gereja yang dapat di pastikan, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja The Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya (Katolik), and Gereja Life Chapel, Petaling Jaya. Luckily, takde seorang pun yang tercedera dalam insiden ni. Pheww.
Bagi aku isu ni sepatutnya di tangani secara matang. Masing² sepatutnya menghormati sensitiviti sesama sendiri, bukannya dengan membakar dan memusnahkan tempat ibadat (Gereja). Ini bukan tindakan bijak, tapi lebih mencemarkan nama Muslim atau orang Islam, sebab Islam sendiri pun dah menyuruh umatnya menghormati kebebasan agama lain.
Itu hanya jika tindakan membakar Gereja tu angkara orang Islam. Macam mana pulak kalau pembakaran Gereja ni bukan angkara orang Islam? Maksud aku, mungkin konspirasi dari pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan untuk memburukkan atau mencemarkan hubungan baik antara kaum. Dan seterusnya menyebabkan ketegangan kaum? Then, diorang akan menuding jari ke arah orang Islam. Dalam “situasi politik” negara kita ni, banyak kemungkinan boleh berlaku. =O
Walau apa pun, demi keselamatan dan keharmonian negara, aku harap keadaan tenang dan tak ada lagi yang mengeruhkan keadaan. Pihak² yang berwajib pun di harap dapat ambil tindakan sewajarnya menyelesaikan isu ni. Jangan sampai satu masa nanti kita terpaksa mengucap selamat tinggal kepada 1 Malaysia. =O
p/s : Boleh guna ISA? =D
If you enjoy reading this post, feel free to subscribe to my feed via RSS or Email to receive all the free updates. Dont forget to follow my Twitter too.cheers.
Possibly related posts :
- Lagi provokasi terhadap Islam
- “Hukuman di tangguh, takde hal ah”
- Kornflakes 1Malaysia. Eh,konflik
- ASL plz?
- Blog Aduka Taruna menghina Almarhum Sultan Johor
- Memperkenalkan : Fuzzey – Gazet Media Sosial Anda
- Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging
- Demonstrasi demokrasi versi basi
{ 1 trackback }
{ 53 comments… read them below or add one }
” Walau apa pun, demi keselamatan dan keharmonian negara, aku harap keadaan tenang dan tak ada lagi yang mengeruhkan keadaan. Pihak² yang berwajib pun di harap dapat ambil tindakan sewajarnya menyelesaikan isu ni. Jangan sampai satu masa nanti kita terpaksa mengucap selamat tinggal kepada 1 Malaysia. =O ”
p/s : yeahhh…!!! betul2…
-= syin´s last blog post Tahukah Anda? =-
hoho. tu ah psal, risau ni, mmg ekstrim, hari tu website kehakiman kena hack, skunk gereja kena bakar. =O
Ni aku quote explanation dari “ProfHafiz” dekat forum TBD pasal hal penggunaan istilah “Allah” ni..
————
Masalahnya ada di kalangan umat Islam sendiri yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama “Allah” – khususnya di kalangan para pemimpin parti politik pakatan rakyat (maaf terpaksa sebut). Sedangkan persoalan tentang hak penggunaan nama “Allah” bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah, tetapi sebaliknya itu adalah hak umat Islam.
Tidak ada sebab yang logik dan rasional untuk orang Kristian di negara ini menggunakan nama Allah kerana;
1)
Allah itu nama khusus merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang Maha Suci daripada menyerupai segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah itu bukan terjemahan bagi Tuhan. Justeru, apabila Kristian hendak menterjemah istilah “God” ke dalam Bahasa Melayu, istilah yang tepat adalah “Tuhan”.
2)
Gereja menyatakan bahawa nama “Allah” telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam lagi, yang bermakna bahawa nama “Allah” bukan khusus untuk Islam. Namun, kenyataan ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menjustifikasikan bahawa orang Kristian boleh menggunakan nama “Allah”. Pertamanya, nama “Allah” memang sentiasa ada kerana agama tauhid itu memang wujud sejak dulu. Kedua, nama “Allah” yang digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatang Islam digunakan dalam konteks dan pemahaman yang salah. Oleh sebab itulah Al-Qur’an diturunkan dan menerangkan tentang hakikat “Allah” yang sebenarnya (cth.: dlm surah Al-Ikhlas); sekaligus memurnikan nama “Allah”. Tuhan yang diterangkan dalam kitab-kitab injil Kristian pada hari ini tidak merujuk kepada “Allah”, maka mereka tidak boleh dibenarkan menggunakan nama “Allah” kerana hal itu hanya akan mengelirukan masyarakat awam.
3)
Mereka ingin menterjemah Injil ke dalam bahasa Melayu, dan mengeluarkan penerbitan berbahasa Melayu. Baiklah; pertamanya hal itu boleh kita buktikan sebagai bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kemudian, terjemahan bagi “God” dalam bahasa Melayu adalah “Tuhan”, bukan “Allah”. Malah, “Allah” itu bukanlah bahasa Melayu.
4)
Nama “Allah” bukan berasal daripada tradisi Kristian kerana bahasa Arab bukan bahasa tradisi Kristian. Malah, nama “Allah” itu adalah berasal daripada tradisi yang asing daripada tradisi Kristian.
Apa-apa pun, kita semua perlu bersedia untuk terus mempertahankan kesucian nama Tuhan kita, Allah Rabbul ‘Izzati! Insya`Allah, kita tidak boleh pasrah dan menyerah kalah begitu sahaja dengan keputusan mahkamah ini.
—————
p/s : Website kehakiman yg ko ckp kna hack tu apa url dia naz?
-= KertaZ´s last blog post Sekolah Dahulu VS Sekolah Sekarang.. Bezanya? =-
caya ah KertaZ, thanks! laman web Badan Kehakiman Malaysia kat sini —> http://www.makhamah.gov.my mcm still xbleyh access je =O
mungkin tanggapan kamu betul dan mungkin juga tidak.Tiada siapa yang tahu kebenarannya melainkan yang maha Esa.jika kenyataan kamu itu salah itu hanya akan menambahkan dosa kamu…. kita semua ini ciptaan Tuhan,Tuhan yang menciptakan kita adalah tuhan yang sama.Dalam sejarah pun membuktikan bahawa agama kristian di wahyukan oleh Tuhan sebelum islam.Saya tidak layak untuk menasihati sesiapa termasuk kamu namun saya harap kamu tahu yang kami layak menyembah Allah yang telah menciptakan saya,kamu dan dunia ini..kami bukan kafir kerana kami percaya kepada tuhan.
maafkan saya, ini mungkin tanggapan masing2, =D
islam smemangnye dh lama gunakan nama ALLAH sbg nama tuhan(the almighty)…so xde sbb knp agama kristian atau agama2 len tuk mnggelarkn tuhan mereka sbg ALLAH..knp skang bru timbul?wahai umat akhir taon,sedarlah….kluar dr takuk yg lama.jgn biarkn kte dipijak oleh anasir2 luar demi ksucian islam itu sndiri.
betul saudara, mereka sebenarnya boleh gunakan nama lain selain Allah. nampaknye seperti mereka sengaja membuat provokasi. ahh, biarkan, kita tggu saja keputusannya nanti
aku pun terkejut baca benda ni..
muslim kat malaysia belum cukup matang la..
konspirasi…?
ada kebarangkalian..
maybe kot, takbleyh salahkan diorang je, pihak yg berwajib pun nmpak mcm tak tegas, thats why la org muslim kita jadi camtu
apa motif mereka menggunakan nama ALLAH???itu persoalan utamanya
-= Piston Pecah´s last blog post Integrate Twitter Status Dan Feed blog melalui Facebook. =-
persoalan ni yg di fikirkan smue org, aku pun krg pasti. hoho. nak buat andaian kang, kena kat kita blk plak. hoho
Macam-macam kebarangkalian ada ni….
Jikalau nk diikutkan hati,mmg kita marah dgn tindakan pihak Herald yg ingin menggunakn nama ALLAH sebagai tuhannya.Tetapi,jika difirkan,semasa zaman nabi Muhammad S.a.w,para yahudi dan nasrani juga mereka mggunakan nama ALLAH; petikan dari Dr,Asri (drmarza.com);Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya..jadi biarlah alim ulamak yg menentukan dahulu…
betul tu betul, biar ulamak yg menentukan dahulu, tapi nmpaknya sekarang ulamak pun terpaksa ikut cakap “orang” atas. mereka kena kawal -__-
itu di negeri arab.. tapi di negeri eropah tidak begitu… terutama di rome.. mereka mengunakan nama jesus christ sebagai tuhan mereka dlm gereja mahupun di dlm majalah mereka… jgn la sesama kita pula yg bertelaga untuk menunjuk kan tinggi dlm ilmu agama nya… yg penting nama ALLAH tidak layak di guna oleh org2 kristian di malaysia… dan mereka patut mengikuti org2 rome yg mengunakan nama jesus dlm geraja dan majalah mereka itu.. jadi.. sensetiviti agama lain dapat di jaga bersama… untuk mengamal kan kita 1 malaysia.. ^^
http://www.mahkamah.gov.my dah kena takedown dengan Brainwash..
http://heraldmalaysia.com dah kena hijack gak..
Info : http://security.org.my/
Haih.. Sapa sruh bangkitkan isu agama.. Dah byk site kena sapu.. ~.~
-= KertaZ´s last blog post Sekolah Dahulu VS Sekolah Sekarang.. Bezanya? =-
hoho, gyler vavi, mmg lincah ah hackers tu. baguih =D
pasal hak penggunaan nama ALLAH tu, di luar kemampuan kita orang biasa untuk memberikan justifikasi tepat berlandaskan agama.
Tapi, sebagai umat Melayu yang hidup di Malaysia, ianya tidak patut sebab sebelum ni pun tak pernah guna (dirujuk kepada semenanjung). Jadi, disitulah timbul tanda tanya kenapa pihak gereja sengaja melawan semula arahan KDN?
Tapi, melihat dakwaan orang Sarawak dan Sabah yang bebas guna kalimah ALLAh, kenapa pula baru sekarang ia ditimbulkan dengan begitu hangat sekali?
-= beliamuda´s last blog post Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar =-
maybe ada agenda, disebalik semua ni. aku pun tak pasti.
kat mesjid utm td dy cite pasal ni la..
dy kate kalimah Allah ni akan jadi salah apabila dyorg merujuk ke jesus n tuhan2 lain..
sebab Allah ni hanya ada 1 je..
tu yg dyorg x boleh guna..
sebab nanti dyorg slh guna..
p2 dy ada bagi contoh..
org kafir ubah sikit je kat bahagian salam..
trus jadik maksud lain..lupe da dlm arab nye..huhu
tp yg penting:khutbah arini dalam bm pastu jadik bi..
macam foreigner je td jd khatib..duduk blakang x nmpk..hehe
-= a1zudd1n´s last blog post cute WALLPAPER to grab =-
haha, masjid tempat aku tajuknya lebih kurang. tp agak ringan skit ah.
aku dgr ada 4 gereja kena bakar.. hohhoo..
kehkeh, byk btul spekulasi. aku pun xpasti =P
First of all cantik gambar tu. Bro edit dari gambar newspaper mana? Lighting dia best.
Tentang isu kalimah Allah pula bagi saya setiap perkara bermula dengan niat. Niat baik ke gereja nak guna kalimah suci Allah tu?
Kalau kita tanya sudut hati masing-masing maka jawapannya tentu jelas.
-= bloginformasi´s last blog post Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 2010 =-
betul tu bro, klau niat diorang baik, bagus la tapi kalau sebaliknya tu yg buat org marah =O
tulah..sepatutnye perkara ni di atasi dengan matang…kalau tak cam mane nak selesai..
-= cik peanut´s last blog post {i Hate U} =-
kan kan? klau merusuh mcm ni smpai bile pun tak selesai, lg tmbah huru hara ade la =(
em..ini mungkin dah terlampau marah tanpa memikirkan apa yang sudah diajarkan agama.Salah stunya,dalam peperangan tak bleh menghancurkan tempat ibadat.
-= naim´s last blog post Si Kecil Bertanya Tentang SEX. =-
memang, mungkin mereka tak gunakan otak kot time tu, ikutkan nafsu catu la jadinya
Salam Bro Naz,
Tentang isu ni, pihak kristian macam ada taktik tersendiri.
Harap respeklah sikit orang Islam. Nak guna Allah boleh,
tapi makesure convert to Islam dulu lah.
Nama Allah tu tersangat-sangat-sangat suci..
WALLAHUA’LAM…
-= Mantra´s last blog post RahsiaBlog: Tak usahlah berahsia, cabaran 2010 =-
betul bro =)
dah takde nama lain dah ke dorg nak guna… pelik btul..
mmg mcm ada konspirasi lain ni.. musykil2..
-= mek´s last blog post They officially Married now! Congratz Yuslin & Kamal. =) =-
maybe ade konspirasi, tapi tak dpt pastikan lagi stakat ni
hahaha…u la usulkan pade sape2 gne isa..=)
-= ain_chokio´s last blog post .:crite lapuk terlajak dah weh:. =-
hoho, xnak ah, nnt i yang kena hantar masuk ISA. haha
So…2012?…urm..jdi benarlah kiamat da dlm tahun tu..i think something will happen in tht year..maybe peperangan kaum…
taktau nak ckp camne, maybe sesuatu berlaku kot dalam tahun tu =D
Tetapi,ape2hal pun,sepatutnay gov should prevent it before it happen. Why Agung or Prime Minister did not use veto power on this issue???Why it’s really rely on court decision which majority are INDIAN and CHINESE that KAFIR LAHNATULLAH…???? Think it..!!!democracy only name,its not being practice by Rasulullah S.A.W….
sabar saudara. hoho. kita tuggu keputusannnya nnt =P
aku dah letih asyik aku yang kena mengalah…. aku duduk kat negara nenek moyang aku ke nenek moyang diorang….
itu laa.. patut sedar la diri tu… dah dibagi betis nak paha pula…. di bagi paha nak kepala pula… sedar la diri diorang tu dari mane… amal kan la kita 1 malaysia…
haha. betul2 agak lama kita bersabar ek.
aku heran la kenapa nama ALLAH nie baru ja timbul di Majalah mingguan Katolik, Herald dan di Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan membenar kan perkara ini… sedangakan agama kristian bermula dari rome di eropah… dan mereka tidak menggunakan nama ALLAH dlm gereja mahupun dlm majalah mereka… dan mereka mengunakan nama jesus christ… maka penganut agama kristian di malaysia ini tidak layak mengunakan nama ALLAH… mereka patut mencontohi org2 di rome yg mengunakan nama jesus christ bagi tuhan mereka di dlm gereja mahupun di dlm majalah mereka… supaya sensetiviti agama lain tidak tersingung.. dan 1 malaysia kita dapat mengamalkan nya dengan lebih HARMONI… sesama kaum di malaysia…
akhir kata 1 MALAYSIA AMALAN KITA!..
menarik ulasan saudara ni. itu yg buat kita fikirkan apa motfi sebenar mereka ini. haih
ini pun satu lagi masalah, ada jalan baik nak guna juga kekerasan. nnt org pandang seroang terhadapa umat islam. mengapa perlu bakar? bukankah isu ini boleh ditangani, mmg aku juga marah mengenai isu ini. tp kita mempunyai akal dan fikiran yg dikurniakan oleh Allah swt. tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku.
-= mohdisa´s last blog post Jom Dapatkan Duit Dengan Mudah =-
ye ye, like i said
aku pun sokong juga, tak boleh lah gunakan kekerasan, sebaiknya bagi pihak yang lain tu, sama-sama menjaga sensitiviti kita pula terutama agama tidak boleh dipermainkan. Sudah jelas diEropah agama Kristian bermula disana dan mereka tidak menggunakan nama Allah dalam gereja dan majalah mereka. Jadi untuk tidak menyinggung sensitiviti lain agama islam, maka patut orang Kristian di Malaysia tidak menggunakan nama Allah dalam gereja dan majalah mereka, ikutlah apa yang Pope Paul buat di Eropah bukan orang Kristian di Malaysia ini yang memandai pula. Ini baru lah terjamin 1Malaysia amalan kita di laksanakan bersama.
mmg kekerasan tak pernah menyelesaikan permasalahan seperti ini =D
inilah yang dikatakan dunia menuju kepada penghabisan..sekarang sepatutnya bukan masa untuk saling mencari kesilapan orang lain,tetapi masa untuk memperbaiki diri sendiri,menyempurnakan ibadat dan memenuhi jiwa dengan iman.masanya sudah dekat……….
setuju dgn Dr Asri tentang isu nu
mm entri pasal ni
http://kemanaarahkita.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-apa-kesudahannya.html
-= Wan perlis´s last blog post Hidup Berani Untuk Gagal =-
lecture aku cakap..
“oh,selsema babi tak leh guna coz sensitip, tapi kalimah Allah boley plak kan..??”
lecture aku la cakap kan..huhuhu ^_^
-= syada´s last blog post No PC, No Internet, No Facebook! =-
huhuhu..cm ad motif jak mow guna nma allah 2….mengapa sblum penjajah ad x pun d sentuh isu nie…hebatnya bekas penjajah negara kta nie..tym dorg ad biarkan org melayu ngan agamany..tp..bla dorg da blah brula isu sensitif nie dimenkan bdsrakn undang2 tinggalan mereka besrta dgn pmikiran yg mereka tanamkn d tanah air kta iaitu hak kesamarataan melalui demokrasi…